I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Sunday, 19 February 2012

MESYUARAT BERSAMA AHLI JAWATANKUASA DAN BIRO WANITA MAJLIS PERUNDINGAN [MPK] KAMPONG SUNGAI TERABAN.



Setiausaha Agung dan ahli wanita Persatuan SUTERA ikut menghadiri mesyuarat Persediaan Pameran Anugerah Kampong Cemerlang [AKC] bersama Ahli Jawatankuasa dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, bertempat di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

PENGAMBARAAN LIVE RTB RANCANGAN 'Selera Kampong' Pada: 24hb JANUARI 2012



 Pengambaraan dibuat bagi cara-cara membuat masakan selera kampong
Membuat sayur daripada batang pisang juga dipamerkan bagaimana caranya membuat

Beberapa orang ahli-ahli wanita daripada Persatuan SUTERA terlibat menyertai bagi rancangan ‘Masakan Selera Kampong’ yang dikendalikan secara live oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei, bertempat di Pondok Riadah Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait. pada : 22hb Januari 2012.

KARNIVAL JUALAN AMAL TABUNG DERMA MANGSA BENCANA BANJIR RAKYAAT KEMBOJA DAN THAILAND PADA: 20/21 & 22hb JANUARI 2012


Pengerusi Persatuan SUTERA YM Dr Hj Jumat Hj Idris, juga selaku Pengurus Syarikat SHIKA, bergambar bersama YM Encik Zamhari Bin Materang ketua rombongan [KPPRN] selaku Pengerusi Kelab Peminat P.Ramlee Nusantara dari Kuching Sarawak meramai-ramaikan Karnival Expo.yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut. 
Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA (berbaju Biru) YM Awg Abu Bakar bin Lani bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Perundingan Mukim Seria, di Karnival Ekspo.
 
Pengerusi & Timbalan Pengerusi, Persatuan SUTERA terlibat mengendalikan bersama dengan Syarikat SHIKA dan Kelab Peminat P. Ramlee Nusantara [KPPRN] di KARNIVAL JUALAN AMAL TABUNG DERMA MANGSA BENCANA BANJIR RAKYAAT KEMBOJA DAN THAILAND yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim, Pekan Seria, bertempat di Kawasan Lapang, Dewan Pusat Insani, Pekan Seria, selama tiga hari berturut-turut 20hb/21hb dan 22hb Januari 2012.

MESYUARAT BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN,KUALA BELAIT KEMPEN MENDERMA DARAH SAMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 28/201219/1/2012



Timbalan Pengerusi/Setiausaha Agung dan Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas (Pengasas Persatuan SUTERA) menghadiri mesyuarat bagi BANTUAN DERMA DARAH SECARA BERAMAI-RAMAI KALI KE 24/2012 Bersama Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan / Pegawai Rumah Sakit Pengiran Anak Saleha [RIPAS] BSB & Pegawai di Suri Seri Begawan Hospital [SSBH] Kuala Belait, Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait, Kuala Belait. Aktiviti tersebut akan diungkayahkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Belait dan dikendalikan bersama oleh RIPAS dan SSBH Hospital bersama Persatuan SUTERA, sampena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 28/2012. 

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN BALAI RAYA KAMPONG SUNGAI TERABAN, KUALA BELAIT PADA 15/1/2012

Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong membantu membersihkan kawasan Balai Raya


Setiausaha Agung Persatuan SUTERA bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong bersama-sama penduduk kampong dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, membersihkan dipersekitaran kawasan Balai Raya, di kampong tersebut.

PEMBERSIHAN KAWASAN SAMPAH KAMPONG SUNGAI TERABAN

Belia-belia dan penduduk-penduduk kampong bergotong-royong membersihkan kawasan pembuangan sampah Kampong Sungai Teraban, yang didapati sampah-sarap yang tidak terangkut oleh kontraktornya.

Foto berama-ramai salepas menyelesaikan pembersihan kawasan tempat pembuangan sampah bersama Ketua Kampong Sungai Teraban, YM Md Mersidi Bin Hj Md Shara


Setiausaha Agung Persatuan SUTERA bersama mengendalikan aktiviti gotong-royong dengan Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan penduduk Kampong Sungai Teraban bagi membersihkan kawasan tempat pembuangan sampah Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait pada 02hb Januari 2012.

PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK MPK YANG BARU BAGI SESSI TAHUN 2012 - 2016


Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong yang baru bagi Sessi Tahun 2012 - 2016 bersama Penghulu Mukim Belait YM Tuan Hj Pungut Bin Ali bersama beberapa orang pegawai daripada Jabatan Daerah Belait.


        Bersama Pegawai di Jabatan Daerah Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban, Kua;la Belait.

Setiausaha Agung Persatuan SUTERA menghadiri majlis pembubaran dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait bertempat di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, mesyuarat di Pengerusikan oleh Ketua Kampong Sungai Teraban YM Md Mersidi Bin Hj Md Shara, dalam mesyuarat tersebut Setiausaha Agung Persatuan SUTERA telah dilantik menjadi salah seorang AJK Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban yang akan datang.

MAJLIS PENYERAHAN WANG DAN PERALATAN SEKOLAH PADA 13/1/2012


Jumaat 13 Jan 2012 jam 14:30 petang, majlis penyerahan wang dan peralatan sekolah kepada sebilangan murid dari keluarga yang kurang berkemampuan oleh beberapa persatuan dan individu termasuk GHEMS yang dianjurkan oleh Persatuan PEMBELA & Majlis Belia Dearah Belait (MBDB) berlangsung di Dewan Mini, Pusat Belia, JKBS, Kuala Belait.( Dari kiri : Pg Hj Salleh Pg Hj Kamaluddin ( KRP2) Mohd.Mersidi Hj Mohd.Hj Shara ( Ketua Kampong Sg.Teraban) Hj Zulkifli Hj Tengan ( Ketua Cawangan Jabatan Belia Dan Sukan,daerah Belait) Pg Hj Mohd Yusop Pg Hj Abas ( Persatuan SUTERA ) Hj Azashahibul bin Hj Zainal Abidin,( Naib Yg Di Pertua MBDB)

PROGRAM DARI MASJID KE MASJID

Mengepalai rombongan belia daripada Persatuan SUTERA, Awg Nas Saruddin bin Hj Sharbini.

Diantara belia-belia dan beliawanis yang menyertai rombongan tersebut. 

26/NOVEMBER 2011 MENYERTAI LARIAN HIJRAH 1434 MASJID KG PANDAN


Sebahagian daripada ahli Persatuan SUTERA yang menyertai Larian Hijrah tahun 1433H , yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Kampong Pandan, Kuala Belait.

SETIAUSAHA AUNG MENGHADIRI MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS PERUNDINGAN KG SG TERABAN

Setiausaha Agung Persatuan SUTERA hadir ke mesyuarat tergempar pada : 26hb Disember 2011, yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong [MPK] Sungai Teraban, mengenai dengan agenda kebakaran rumah salah salah seorang daripada penduduk Kampong Sungai Teraban iaitu Awang Hj Julaihi bin Mohamad., bertempat Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait

Saturday, 18 February 2012

MENYERTAI KURSUS PEMPROSESAN /KEBERSIHAN/KESELAMATAN MAKANAN LAUT 20/21 & 22 DEC 2011. BERTEMPAT DI JBT PERIKANAN, MUARA


                Setiausaha Agung Persatuan SUTERA foto bersama Biro Wanita MPK, Kg Sg Teraban
Foto bersama peserta dan beberapa orang Pegawai di Jabatan Perikanan, Muara, N.Brunei Darussalam

Seramai 17 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong, Jawatankuasa Majlis Perundingan,ahli Persatuan SUTERA dan penduduk Kampong Sungai Teraban menyertai Kursus Pemperosesan serta kebersihan dan keselamatan makanan laut bertempat di Bangunan Jabatan Perikanan, Pekan Muara rombongan di ketuai oleh Ketua Kampong Sungai Teraban Yang Mulia Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara, kursus tersebut dibuat selama tiga berturut-turut yangmana meliputi penerangan mengenai dengan cara-cara kebersihan membuat dan memproses sumbar makanan daripada makanan laut, tunjuk ajar cara-cara membuat Filet Ikan,Bebola Ikan, Kek Ikan dan Keropok Ikan daripada sumbar makanan laut, disamping itu juga peserta berpeluang di bawa melawat ke salah sebuah tempat kilang perindustrian di Lambak Kanan iaitu PAKATAN yang di kendalikan oleh seorang peniaga tempatan, disana peserta diberikan taklimat dan soal jawab serta dibawa melawat kekilang tersebut, dan akhir majlis perpisahan telah diadakan di bangunan Jabatan Perikanan tersebut dengan majlis memberikan sedikit cenderahati kepada Pegawai di Jabatan Perikanan tersebut.

PROJEK PERJALANAN MASYARAKAT MINAL MASJID 2/12/2011



 Masjid Tanjung Maya, Daerah Tutong salepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib

 Projek PPM MMIM Sesi II mendapat sambutan yang menggelakkan dengan penyertaan seramai lebih 150 orang terdiri dari para belia remaja,belia beliawanis dari Persatuan PEMBELA,Persatuan SUTERA,Ahli Takmir Masjid RPN Kg Bukit Beruang,Tutong,Beliawanis dari Instutisi Pengkajian Tinggi ( ITB,UBD & UNISSA) serta Rakan Harmoni (BKN) Daerah Belait & Tutong dan berapa Ahli keluarga dari daerah Belait dan Bandar Seri Begawan.Sebanyak 17 buah Masjid telah dikunjongi serta menziarahi 2 Tokoh Ulama Ternama di Negara Brunei Darussalam.

MENYAMBUT KEDATANGAN LAWATAN KELAB PEMINAT P RAMLEE NUSANTARA [KPPRN] KE DAERAH BELAIT PADA 20/12/2011


Pengerusi Persatuan SUTERA Dr Hj Jumaat Bin Hj Idris menyampaikan cendera hati kepada ketua rombongan [KPPRN] tuan Zamhari bin Materang beliau juga adalah lebeh dikenali sebagai P.Ramlee Sarawak, iaitu Johan lagu-lagu ala P.Ramlee Sarawak selaku ketua rombongan.

Menerima cenderahati daripada KPPRN yang disampaikan oleh Pengerusinya Tuan Zamhari Bin Materang iaitu berupa Banner kain rentang kelab KPPRN untuk N.Brunei Darussalam

Turut sama hadir bagi sama-sama memeriahkan ialah pelakon dan penyanyi 60an Dayang Sofea yang pernah berlakon filem bersama Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee


Persatuan SUTERA mengendalikan majlis menyambut ketibaan rombongan ahli-ahli Kelab Peminat P.Ramlee Nusantara  [KPPRN] dari Kuching, Sarawak bertempat rumah Pengerusi Persatuan SUTERA Dr Hj Jumat Bin Hj Idris, STKRJ Kampong Mumong, Kuala Belait. hadir malam itu termasuklah Penghulu Mukim Belait YM. Hj Pungut Bin Ali [selaku Penasihat Persatuan SUTERA] /Yang Di Pertua/Timbalan Pengerusi & Bendahari Persatuan serta beberapa orang peminat-peminat di Negara Brunei Darussalam.