I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Saturday 18 February 2012

MENYAMBUT KEDATANGAN LAWATAN KELAB PEMINAT P RAMLEE NUSANTARA [KPPRN] KE DAERAH BELAIT PADA 20/12/2011


Pengerusi Persatuan SUTERA Dr Hj Jumaat Bin Hj Idris menyampaikan cendera hati kepada ketua rombongan [KPPRN] tuan Zamhari bin Materang beliau juga adalah lebeh dikenali sebagai P.Ramlee Sarawak, iaitu Johan lagu-lagu ala P.Ramlee Sarawak selaku ketua rombongan.

Menerima cenderahati daripada KPPRN yang disampaikan oleh Pengerusinya Tuan Zamhari Bin Materang iaitu berupa Banner kain rentang kelab KPPRN untuk N.Brunei Darussalam

Turut sama hadir bagi sama-sama memeriahkan ialah pelakon dan penyanyi 60an Dayang Sofea yang pernah berlakon filem bersama Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee


Persatuan SUTERA mengendalikan majlis menyambut ketibaan rombongan ahli-ahli Kelab Peminat P.Ramlee Nusantara  [KPPRN] dari Kuching, Sarawak bertempat rumah Pengerusi Persatuan SUTERA Dr Hj Jumat Bin Hj Idris, STKRJ Kampong Mumong, Kuala Belait. hadir malam itu termasuklah Penghulu Mukim Belait YM. Hj Pungut Bin Ali [selaku Penasihat Persatuan SUTERA] /Yang Di Pertua/Timbalan Pengerusi & Bendahari Persatuan serta beberapa orang peminat-peminat di Negara Brunei Darussalam.

No comments:

Post a Comment