I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Thursday 26 May 2011

MENGENDALIKAN MESYUARAT KALI KEV/2011 - 14/5/2011 (SABTU)


 

Salah seorang ahli memerahati akan kain rentang untuk dipasang semasa Majlis Perasmian Persatuan Sutera dan Mesyuarat Agung Pertama yang akan diadakan pada 29/5/2011


Ahli Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan Sutera membuat perjumpaan mesyuarat kali ke 6, mengenai dengan keputusan yang diperolehi daripada pengiraan undi daripada borang pencalonan yang telah di kembalikan oleh ahli kepada ahli jawaankuasa bagi pengiraan kertas pencalonan yang balik untuk di kira serta disemak dan diteliti oleh ahli jawatankuasa pengendali bagi menamakan calon-calon yang akan bertanding pada 29hb Mei 2011 kelak, perjumpaan mesyuarat telah diadakan di Pejabat Berlima Sendirian Berhad, Kuala Belait.

MENGENDALIKAN MUZAKARAH BERSAMA AHLI PADA 7/MEI/2011

Mengendalikan muzakarah bersama beberapa ahli Sutera bertempat Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, mengenai dengan Pertandingan Tarik Kalat dan Bola Jaring yang akan disertai oleh beberapa orang ahli Sutera sampena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 65tahun bagi Daerah Belait. muzakarah dihadiri oleh Pengerusi Sementara dan Setiausaha.

MESYUARAT KALI KE IV/2011 PERSEDIAAN FORMAT PENGUNDIAN PADA 30/4/2011 (SABTU)

sebilangan ahli Sutera yang mendengar taklimat mengenai dengan cara-cara untuk pengundian calun-calun ahli jawatankuasa tadbir di mesyuarat agung pertama nanti.


          Diantara Ahli Jawatankuasa Penaja Sementara yang hadir dimesyuarat tersebut.

Membuat perjumpaan mesyuarat kali ke IV/2011 di Pejabat Berlima Sendirian Berhad,Kuala Belait, membincangkan mengenai dengan bagaimana format cara-cara pengendalian pencalonan untuk melantik Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Sutera bagi menerajui sebagai pentadbir untuk sessi tahun 2011-2016 akan datang, di mesyuarat Agung Pertama yang akan diadakan pada 29/5/2011 nanti..

MENYERTAI PROJEK GOTONG ROYONG BERSAMA MPK KG SG TERABAN


 

Belia-belia daripada Persatuan Sutera menyertai aktiviti projek gotong-royong bersama Jabatan Daerah Belait/Majlis Perundingan Kampong dan penduduk-penduduk Kampong Sungai Teraban bagi meroboh dan membersihkan tapak kawasan perumahan salah seorang penduduk di Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.pada 15hb April 2011 (Jumaat).