I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Saturday 18 February 2012

MENYERTAI KURSUS PEMPROSESAN /KEBERSIHAN/KESELAMATAN MAKANAN LAUT 20/21 & 22 DEC 2011. BERTEMPAT DI JBT PERIKANAN, MUARA


                Setiausaha Agung Persatuan SUTERA foto bersama Biro Wanita MPK, Kg Sg Teraban
Foto bersama peserta dan beberapa orang Pegawai di Jabatan Perikanan, Muara, N.Brunei Darussalam

Seramai 17 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong, Jawatankuasa Majlis Perundingan,ahli Persatuan SUTERA dan penduduk Kampong Sungai Teraban menyertai Kursus Pemperosesan serta kebersihan dan keselamatan makanan laut bertempat di Bangunan Jabatan Perikanan, Pekan Muara rombongan di ketuai oleh Ketua Kampong Sungai Teraban Yang Mulia Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara, kursus tersebut dibuat selama tiga berturut-turut yangmana meliputi penerangan mengenai dengan cara-cara kebersihan membuat dan memproses sumbar makanan daripada makanan laut, tunjuk ajar cara-cara membuat Filet Ikan,Bebola Ikan, Kek Ikan dan Keropok Ikan daripada sumbar makanan laut, disamping itu juga peserta berpeluang di bawa melawat ke salah sebuah tempat kilang perindustrian di Lambak Kanan iaitu PAKATAN yang di kendalikan oleh seorang peniaga tempatan, disana peserta diberikan taklimat dan soal jawab serta dibawa melawat kekilang tersebut, dan akhir majlis perpisahan telah diadakan di bangunan Jabatan Perikanan tersebut dengan majlis memberikan sedikit cenderahati kepada Pegawai di Jabatan Perikanan tersebut.

PROJEK PERJALANAN MASYARAKAT MINAL MASJID 2/12/2011



 Masjid Tanjung Maya, Daerah Tutong salepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib

 Projek PPM MMIM Sesi II mendapat sambutan yang menggelakkan dengan penyertaan seramai lebih 150 orang terdiri dari para belia remaja,belia beliawanis dari Persatuan PEMBELA,Persatuan SUTERA,Ahli Takmir Masjid RPN Kg Bukit Beruang,Tutong,Beliawanis dari Instutisi Pengkajian Tinggi ( ITB,UBD & UNISSA) serta Rakan Harmoni (BKN) Daerah Belait & Tutong dan berapa Ahli keluarga dari daerah Belait dan Bandar Seri Begawan.Sebanyak 17 buah Masjid telah dikunjongi serta menziarahi 2 Tokoh Ulama Ternama di Negara Brunei Darussalam.

MENYAMBUT KEDATANGAN LAWATAN KELAB PEMINAT P RAMLEE NUSANTARA [KPPRN] KE DAERAH BELAIT PADA 20/12/2011


Pengerusi Persatuan SUTERA Dr Hj Jumaat Bin Hj Idris menyampaikan cendera hati kepada ketua rombongan [KPPRN] tuan Zamhari bin Materang beliau juga adalah lebeh dikenali sebagai P.Ramlee Sarawak, iaitu Johan lagu-lagu ala P.Ramlee Sarawak selaku ketua rombongan.

Menerima cenderahati daripada KPPRN yang disampaikan oleh Pengerusinya Tuan Zamhari Bin Materang iaitu berupa Banner kain rentang kelab KPPRN untuk N.Brunei Darussalam

Turut sama hadir bagi sama-sama memeriahkan ialah pelakon dan penyanyi 60an Dayang Sofea yang pernah berlakon filem bersama Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee


Persatuan SUTERA mengendalikan majlis menyambut ketibaan rombongan ahli-ahli Kelab Peminat P.Ramlee Nusantara  [KPPRN] dari Kuching, Sarawak bertempat rumah Pengerusi Persatuan SUTERA Dr Hj Jumat Bin Hj Idris, STKRJ Kampong Mumong, Kuala Belait. hadir malam itu termasuklah Penghulu Mukim Belait YM. Hj Pungut Bin Ali [selaku Penasihat Persatuan SUTERA] /Yang Di Pertua/Timbalan Pengerusi & Bendahari Persatuan serta beberapa orang peminat-peminat di Negara Brunei Darussalam.

LAWATAN BELIA KE BIRO KAWALAN NARKOTIK, & JABATAN PENJARA MAHABURUNG BSB 18/12/2011

Seramai lebeh daripada 20 orang belia dari ahli-ahli Persatuan SUTERA telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Biro Kawalan Narkotik & Jabatan Penjara Mahaburung Tutong yangmana lawatan tersebut telah diketuai oleh Awang Nas Saruddin Bin Hj Sharbini.