Setiausaha Agung Persatuan SUTERA foto bersama Biro Wanita MPK, Kg Sg Teraban
Foto bersama peserta dan beberapa orang Pegawai di Jabatan Perikanan, Muara, N.Brunei Darussalam
Seramai  17 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis  Perundingan Kampong, Jawatankuasa Majlis Perundingan,ahli Persatuan  SUTERA dan penduduk Kampong Sungai Teraban menyertai Kursus Pemperosesan  serta kebersihan dan keselamatan makanan laut bertempat di Bangunan  Jabatan Perikanan, Pekan Muara rombongan di ketuai oleh Ketua Kampong  Sungai Teraban Yang Mulia Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara, kursus  tersebut dibuat selama tiga berturut-turut yangmana meliputi penerangan  mengenai dengan cara-cara kebersihan membuat dan memproses sumbar  makanan daripada makanan laut, tunjuk ajar cara-cara membuat Filet  Ikan,Bebola Ikan, Kek Ikan dan Keropok Ikan daripada sumbar makanan  laut, disamping itu juga peserta berpeluang di bawa melawat ke salah  sebuah tempat kilang perindustrian di Lambak Kanan iaitu PAKATAN yang di  kendalikan oleh seorang peniaga tempatan, disana peserta diberikan  taklimat dan soal jawab serta dibawa melawat kekilang tersebut, dan  akhir majlis perpisahan telah diadakan di bangunan Jabatan Perikanan  tersebut dengan majlis memberikan sedikit cenderahati kepada Pegawai  di Jabatan Perikanan tersebut.
 
    


 
 
No comments:
Post a Comment