I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Wednesday 29 June 2011

LARIAN OLIMPIK 2011BERTEMPAT TAMAN PESIARAN, JLN SUNGAI, KUALA BELAIT


                                                        Larian dimulakan


 
Bagi memperingati Kelahiran Hari Olimpik Moden pada 23 Jun 1894 di Paris makanya Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan acara Larian Hari Olimpik 2011 pada 26 6 2011 bertempat di Taman Pesiaran,Jalan Sungai Kuala Belait. Larian tersebut dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengian Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Beberapa orang ahli persatuan Sutera telah terlibat sama bagi beramai-ramai menyertai Larian Olimpik tersebut.

MESYUARAT PERTAMA/2011 AJK PERSATUAN SUTERA 23 JUN 2011 [SABTU]



Suasana dimana Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Sutera masing-masing menyemak dan meneliti draft minit mesyuarat persatuan sabelum diluluskan oleh majlis.




Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Persatuan Sutera mengendalikan perjumpaan mesyuarat kali pertamanya satelah persatuan tersebut dibentuk Ahli Jawatankuasa Tadbirnya bagi menerajui Persatuan untuk sesi tahun 2011 hingga 2016 dalam tempoh selama lima tahun, mesyuarat diadakan bertempat di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

MESYUARAT PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERSATUAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM [ NFABD]

Bagi mewakili Persatuan Sutera untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan bertempat di Empire Hotel and Country Club, Jerudong pada bulan Jun yang lalu yangmana persatuan Sutera diwakili oleh Yang DiPertua Persatuan Sutera Dr Hj Md Shah Bin Imam Hj Ahmad telah menghadiri di perjumpaan mesyuarat bagi perlantikan Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam [NFABD] di atas jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait.

Selaku Presiden [NFABD] yang telah dilantik pada hari tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengian Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.