I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Sunday 27 March 2011

AJK PERSATUAN SUTERA MENYERTAI LARIAN KEBANGSAAN PADA 27/3/2011



Peserta belia-belia dari Persatuan SUTERA yang menyertai Larian Kebangsaan 2011






Seramai  25 orang belia dan beliawanis daripada PERSATUAN SUTERA telah menyertai larian Kebangsaan 2011 tersebut yangmana mengikut kategori masing2. Pelepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd Hamid bin Hj Mohd Jaafar, bermula dari Simpang 766 Sungai Lalit menuju ke Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang.

BENGKEL MOTAVASI BELIA/BELIAWANIS REMAJA 26/3/2011


salah seorang peserta mewakili PERSATUAN SUTERA mencuba menjawap salah satu daripada soalan Kuiz Anti Dadah.


Belia-belia dan beliawanis daripada PERSATUAN SUTERA bergambar kenangan dengan Penolong Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik, (BKN), di Jabatan Perdana Menteri, N.Brunei Darussalam Yang Mulia, Awg Redzuan Bin Hj Alias.dan Ketua Kampong Sungai Teraban YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara.

Lebeh kurang seramai 15 orang belia-belia dan beliawanis PERSATUAN SUTERA telah menghadiri Bengkel Motivasi Belia/Beliawanis Remaja Daerah Belait yang telah diungkayahkan oleh Biro Belia Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban sampena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun bagi Daerah Belait.pada 26/3/2011 di Balai Raya Kampong Sungai Teraban.

MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL 5 ORG SEPASUKAN PADA 19/3/2011





PERSATUAN SUTERA telah diwakili oleh belia-belianya menyertai kejohanan Futsal 5 orang sepasukan yang diadakan bertempat di kawasan Padang Bola Sepak Futsal Sekolah Menengah Sayiddina Ali, Kuala Belait. Pasukan Futsal daripada PERSATUAN SUTERA telah mendapat kedudukan ke 5dalam perlawanan tersebut, manakala acara sampingan pertandingan menimbang bola tanpa berhenti telah dimenangi oleh Awang Mohd Inayatualah daripada wakil PERSATUAN SUTERA dengan timbangan bola terbanyak seanyak 100 kali timbangan tanpa berhenti. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Biro Kawalan Narkotik dengan kerjasama Gerakan Ibu Bapa Belia Sekolah Menengah Sayiddina Ali dan PTA Daerah Belait.

MESYUARAT KALI KE 3 PADA 15 MARCH 2011



Membuat perjumpaan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa bagi meneliti dan mengesahkan permohonan borang-borang permohonan untuk menjadi ahli Persatuan dan saterusnya membincangkan mengenai dengan persediaan untuk menghadapi Majlis Jerayawara PERSATUAN SUTERA, Mesyuarat diadakan bertempat di Restoran Selera Mama , Pandan 7, Kuala Belait

SUKAN RIA PIBG ZON BELAIT SESI 2010