I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Friday 18 November 2011

KUNJUNGAN PESERTA KURSUS DAN MR ASAKI SHOICHI DARI JEPUN.

Penasihat Persatuan SUTERA, YM.Hj Pungut Bin Ali yang turut sama menghadiri kunjungan rombongan tersebut.

Salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan SUTERA yang turut sama dalam projek satu produk satu kampong yang dikendalikan oleh Biro Wanita Kampong Sungai Teraban menerangkan sesuatu hasil produk mereka kepada salah seorang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Mr Asaki Shoichi seorang tenaga pengerusus yang didatangkan khas dari Jepun untuk memberikan krusus bengkel selama 11 hari kepada ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong yang mengendalikan projek Satu Produk Satu Kampong telah mengetuai rombongan tersebut, serba sedikit ingin mengetahui dan memberikan tunjuk ajar perihal yang bersangkut paut mengenai dengan produk-produk kampong yang dibuat oleh setiap kampong masing-masing.

Foto kenangan Setiausaha Agung Persatuan SUTERA bersama-sama beberapa orang daripada Pegawai di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang sama-sama mengikuti rombongan.pada 17/11/2011

PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM,KB

Diantara peserta yang mengambil bahagian didalam pertandingan tersebut yang diadakan di Sungai Belait, Kampong Sungai Teraban.


Setiausaha dan beberapa orang ahli daripada Persatuan SUTERA, telah menghadiri Pesta Memancng anjuran Pusat Penajian Islam, Daerah Belait pada: 13 November 2011 (Ahad) pertandingan telah diadakan bertempat di Pondok Riadah, di belakang Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

MENGENDALIKAN IBADAT KORBAN SALAH SEORANG AJK PERSATUAN SUTERA.


Mengasingkan daging-daging Korban satelah tiba dari pusat penyembelihan Mualaut, Sengkurong, Brunei.


ketulan-ketulan daging untuk sedia di timbang dan dimasokkan kedalam beg-beg plastik yang disediakan.



Mantan Yang DiPertua Persatuan PESTA dan juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA iaitu Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas yang telah membuat Ibadat Korban di pagi Hari Raya Aidil Adha tahun 1432H/2011M.

Ibadat Korban bagi seekor Sapi pada tahun ini yang di buat oleh Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas dan di ungkayahkan oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA pada pagi 9hb November 2011 (Rabu) bertempat di rumah kediaman Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas, Kuala Belait. Daging-daging Binatang Korban tersebut telah diberikan untuk disedekahkan diagih-agihkan kepada fakir-miskin penduduk Kampong Sungai Teraban dan sebahagian daripadanya kepada penduduk-penduduk kampung dipesekitaran di Daerah Belait..

IBADAT KORBAN DAN AQIQAH MASJID KG SG TERABAN 1432H/2011M. 7Nov 2011

Suasana saat-saat menumbangkan salah seekor binatang korban yang akan disembelih bertempat di pekarangan Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait


Melepah daging binatang korban Aqiqah untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk-penduduk kampong yang berdekatan.




Diantara penduduk kampong yang sama-sama bergotong-royong bekerjasama untuk mengendalikan majlis yang beribadah tersebut termasok juga beberapa orang ahli jawatankuasa Persatuan Sutera, ahli jawatan kuasa Majlis Perundingan Kampong, ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban, yang sama-sama mengendalikan ibadat tersebut, pada tahun ini sebanyak 03 ekor Kerbau yang di Korbankan termasok Aqiqah.