I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Thursday 19 April 2012

DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA Dan MENARA TELEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Pada : 16hb April 2012M (Isnin) / Bersamaan 24 Jamadilawal 1433H
Bertempat di Dewan Persidangan Jabatan Bandaran, Kuala Belait

DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA & Dialog mengenai MENARA TELEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar , Menteri Perhubungan. Majlis tersebut telah di hadiri oleh Setiausaha Agung Persatuan SUTERA dan Pg Hj Md Yussof Bin Pg Hj Abas.

Wednesday 18 April 2012

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


Pada : 09hb April 2012M ( Isnin)
Bersamaan : 17 Jamadilawal 1433H
Tempat: Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Mesyuarat khas post mortem mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

JERAYAWARA PROGRAM SATU KAMPUNG SATU PRODUK


Pada  05hb April 2012M (Khamis)
Bersamaan : 13 Jamadilawal 1433H
Bertempat: Dewan Serbaguna Kampung Pandan, Kuala Belait

Menghadiri bersama YM. Awg Johari Bin Hassan Bendahari Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban [MPK], Ke Jerayawara Program Satu Kampong Satu Produk bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Pandan , Kuala Belait

ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG [AKC] PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 2 / 2012


Pada: 31hb March 2012M (Sabtu)
Bersamaan : 08 Jamadilawal 1433H
Tempat: Pusat Persidangan AntaraBangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Beberapa orang Ahli Persatuan SUTERA telah menghadiri jemputan Anugerah Kampung Cemerlang [AKC] Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2, yangmana Kampong Sungai Teraban Kuala Belait hanya menerima saguhati di majlis tersebut melalui hasil usaha ahli Biro Wanita bagi menghasilkan produk satu kampung satu produk menghasilkan produk Snek-snek Ikan untuk di jadikan hasil sumbar utama Kampong Sungai Teraban.

OUTREACHED PROGRAMME BIRO WANITA KG SG TERABAN


Pada : 15hb March 2012M (Khamis)
Bersamaan : 22 Rabiulakhir 1433H
Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait.

Menghadiri programme 'OUTREACH PROGRAMME' salah satu program yang dikendalikan oleh pihak Sekolah Rendah Sungai Teraban juga melibatkan ahli-ahli Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bagi membuat jerayawaranya mengenalkan dengan lebeh dekat lagi mengenai dengan program Satu Kampung Satu Produk kepada penduduk Kampong Sungai Teraban yangmana ahli Biro Wanita memberikan taklimat dan saterusnya sesi soal jawap di hari tersebut disamping berkesempatan untuk menjual hasil-hasil produk mereka.Persatuan SUTERA diwakili oleh Setiausaha Agung untuk menghadirinya.

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


Pada : 09hb April 2012M ( Isnin)
bersamaan : 17 Jamadilawal 1433H
Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Setiausaha Agung menghadiri mesyuarat khas post mortem bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.