I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Saturday 12 February 2011

12 FEBRUARI 2011 MENGAMBIL SURAT KELULUSAN DARI ROS BSB.

Yang DiPertua dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan SUTERA menerima surat kelulusan pendaftaran Persatuan dari Registrar Of Society (ROS) Ibu Pejabat Balai Polis Gadong, Bandar Seri Begawan / surat ruj:   BPD 25/1381(S) yang bertarikh
09hb Februari 2011.

Friday 11 February 2011

MAJLIS MENDIRIKAN TIANG SERI BAGI PONDOK PERANGINAN KG SG TERABAN

Foto kenangan semasa mendirikan Tiang Seri bersama Pegawai Daerah Belait YM Awg Metusin Bin Orang Kaya Sura Hj Tuba,Penghulu Mukim Belait YM Hj Pungut Bin Ali,Ketua Kampong Sg Teraban,Yang DiPertua & Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan SUTERA, Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong, serta pegawai di Jabatan Daerah Belait dan penduduk Kampong Sungai Teraban, bagi projrk mendirikan 03buah pondok peranginan untuk beriadah bertempat di belakang kawasan Balai Raya Kampong Sungai Teraban. pada 11hb Februari 2011.

MAJLIS PENYAMPAIAN SEDEKAH KEPADA PENDUDUK KG SG TERABAN

 Diantara AJK penaja sementara Persatuan SUTERA,Ketua Kampong dan AJK Majlis Perundingan Kampong yang hadir dimajlis tersebut.


Penyampaian disempurnakan oleh Penasihat MPK, YM. Hj Mohd Musa Bin Hj Suhaili kepada salah seorang penduduk kampong yang layak menerimanya.



Majlis penyerahan wang hasil kutipan daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan
Kampong semasa kutipan seikhlas hati tabung permainan Bouncer pada projek Jabatan Daerah Belait iaitu 'Cheo Cheo Le Long Belait' dan diselajurkan dengan penyampaian sumbangan peribadi oleh Yang DiPertua Jawatankuasa sementara Persatuan SUTERA 
Yang Mulia Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas kepada sebilangan penduduk Kampong Sungai Teraban, bertempat di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban pada: 10hb Februari 2011 

MAJLIS PENYERAHAN SEBUAH FREEZER


Majlis penyerahan sebuah Freezer daripada Syarikat Hj Adinin yang disampaikan oleh pengurusnya Hj Adinin kepada Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait pada: 31hb Januari 2011.

Tuesday 8 February 2011

8 Februari 2011 (Selasa)

Setiausaha penaja sementara Persatuan SUTERA bersama Yang Di Pertua ke Jabatan Registrar Of Society [ROS] Ibu Pejabat Polis Gadong, Bandar Seri Begawan membayar yuran pendaftaran kelulusan pertubuhan persatuan, bagi Persatuan SUTERA.

Sunday 6 February 2011

FOTO AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SUTERA


Dari Kiri : Hj Sumardi bin Hj Mudjono/Awg Abd Zabar bin Hj Sion/Awg Suroso bin Hj Mudjono/Pg Hj Md Yussop bin Pg Hj Abas/Hj Noror Gumiet bin Hj Noor/Awg Ramli bin Hj Chi dan Awg Hj Affandi bin Hj Julaihi. Foto semasa Pertandingan Sepak Takraw.