I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Sunday 10 April 2011

MESYUARAT SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN KE 65th











Menghadiri mesyuarat bersama dengan Jabatan Daerah Belait/Jabatan Kementerian Pendidikan/Jabatan Hal Ehwal Ugama dan Penghulu serta Ketua-Ketua Kampong Daerah Belait bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan Kuala Belait, mengenai dengan persediaan meraikan sambutan Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 65 tahun bagi Daerah Belait dengan membuat aktiviti Membaca Al-Quraan sebanyak 30 juzuk bermula pada : 12hb April 2011 jam: 2:30 petang bertempat di Masjid Muhamad Jamalul Alam, Kuala Belait.

PETANDINGAN DIKIR SYARAFILANAM [DIKIR BRUNEI]



Beberapa Jawatankuasa PERSATUAN SUTERA menghadiri majlis Pertandingan Dikir Syarafil Anam [Dikir Brunei] bagi belia dan beliawanis anjuran Majlis Perundingan Pekan Kuala Belait dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Kuala Belait pada : 7hb April 2011, tetamu kehormat majlis, YM Awg Matussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Belait Kampong Sungai Teraban diwakili oleh Pasukan : As-Sadiyah, nama Dikir Badat Kopi.

MESYUARAT MENGENAI PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN KE 65TH DAERAH BELAIT