I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Monday 25 April 2011

MAJLIS JERAYAWARA DAN DOA KESYUKURAN PERSATUAN SUTERA 17/4/2011

         Awg Abu Bakar selaku Pengerusi majlis sementara Jerayawara Persatuan Sutera


                       Bacaan Doa Kesyukuran oleh Ustaz Hj Noror Gumiet Bin Hj Noor


MAJLIS DOA KESYUKURAN DAN JERAYAWARA PERSATUAN SUTERA
  
Majlis doa kesyukuran bagi salah sebuah persatuan yang baru dibentuk yang telah diluluskan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan akan muncul di Daerah Belait yang diberikan nama PERSATUAN SUTERA yang beralamat di Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait, Bagi memberkatinya satu majlis doa kesyukuran telah diadakan iaitu dengan tertubuhnya persatuan tersebut telah diadakan baru-baru ini bertempat di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait , seramai hampir 100 orang belia-belia dan beliawanis dari Daerah Belait dan sebilangannya dari penduduk kampong telah menghadirinya termasok tetamu-tetamu jemputan beberapa orang mantan bekas pemimpin-pemimpin belia di Daerah Belait telah dijemput hadir dimajlis tersebut. bacaan doa kesyukuran dengan tertubuhnya persatuan Sutera telah dibaca oleh Pengerusi sementara persatuan Sutera iaitu Ustaz Hj Noror Gumiet bin Hj Noor.

Sabelum upacara tersebut dimulakan satu Jerayawara persatuan Sutera telah diungkayahkan yangmana Pengerusi sementara telah menceritakan serba sedikit dengan cerita dari mulanya mengenai dengan tertubuhnya persatuan Sutera di Daerah Belait itu.  Disamping juga bertujuan untuk memperkenalkan dan untuk memberikan pengetahuan kepada belia-belia dan beliawanis akan garis pandu dan hala tuju persatuan kedepannya nanti .Sessi soal jawap mengenai dengan persatuan telah diterangkan dan dijawab oleh ahli –ahli panel yang berpengalaman didalam berpersatuan saperti Ustaz Hj Noror Gumiet Bin Hj Noor dan Dr Hj Jumat Bin Idris, sehubungan dengan itu juga pada majlis tersebut Ketua Kampong Sungai Teraban Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara telah mengucapkan tanhiah kepada ahli jawatankuasa penaja sementara kerana telah bertungkus lumus bekerja dengan kerasnya sahingga tertubuhnya persatuan SUTERA yangmana satelah menunggu proses pendaftarannya yang begitu lama sahinggalah menjadi kenyataan pada hari tersebut, hadir bersama dan berpeluang untuk memberikan kata-kata nasihat serta ucapan tahniah kepada penaja jawatankuasa sementara persatuan ialah Pegawai Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait Hj Zulkifli Bin Hj Tengah, Naib Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Belait (MBDB) Dr Hj Azasahibul Bin Hj Zainal Abidin, Hj Muhd Musa Bin Hj Sulaihi Penasihat Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban.
 
Salepas Doa Kesyukuran dan Jerayawara tersebut pada sabelah petangnya diadakan salingan pertunjukan tarik kalat bagi ahli-ahli Persatuan SUTERA, perlawanan juga diadakan diantara Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan dengan ahli-ahli persatuan secara persahabatan pada tahun ini  sebanyak tiga pasukan wakil dari Persatuan SUTERA akan menyertai bagi setiap katagori masing-masing untuk kejohanan Tarik Kalat Tradisi Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait sampena sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini. 
 
Perancangan masa depan persatuan Sutera ialah akan menghadapi membuat mesyuarat agung pertamanya untuk perlantikan memilih ahli jawatankuasa tadbir tertinggi yang baru seramai sepuluh orang yang menerajui pentadbiran persatuan bagi tempoh selama lima tahun kedepanya, yang akan diadakan pada 22hb Mei 2011 nanti bertempat yang sama.