I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Tuesday 11 October 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI 2011


MAJLIS PENYAMPAIAN SEDEKAH KEPADA PENDUDUK KG SG TERABAN.


Penyampaian sedekah barang-barang makanan seharian kepada salah seorang penduduk kampong Warga Emas di Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir di  Jabatan Pembangunan Masyarakat [JAPEM] Kuala Belait iaitu YM Awang Ahmad bin Kasmani, yang disaksikan oleh salah seorang Ahli Persatuan SUTERA. YM Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas.
.

Foto kenangan bersama Penghulu Mukim Belait YM.Hj Pungut Bin Ali/YM.Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas/Yang DiPertua Persatuan SUTERA YM>Dr Hj Mohd Shah Bin Imam Hj Ahmad/Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA YM.Awg Abu Bakar Bin Lani/YM.Awg Lim Thiam Ming [Ahli Persatuan SUTERA]

YM. Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas mantan Yang DiPertua Persatuan PESTA 2G. menyampaikan sedekah untuk mengisi tabung Persatuan SUTERA, yang diserahkan kepada Bendahari Agung Persatuan SUTERA, YM.Awg Zai Bin Hj Alias.

Majlis pada pagi tersebut adalah majlis penyampain sedekah kepada sebilangan keluarga penduduk Kampong Sungai Teraban yang kurang berkemampuan dan sedekah kepada Anak-Anak Yatim Kampong Sungai Teraban, sedekah daripada Hamba Allah iaitu Ahli daripada Persatuan SUTERA dan beberapa orang daripada hamba Allah penduduk Kampong Sungai Teraban, tetamu kehormat majlis YM.Awg Ahmad Bin Kasmani, Pegawai Pentadbir di Jabatan Pembangunan Masyarakat [JAPEM] Kuala Belait..

KEMPEN MEMBERSIHKAN KAWASAN KUBUR ORANG ISLAM BATU 3


Bersama-sama Tuan Imam Hj Omarali Bin Hj Mohd Husain berserta beberapa orang belia-belia Persatuan SUTERA berehat salepas membersihkan kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam Batu 3, Jalan Maulana, Kuala Belait. Pada 26hb Ogos 2011.


Kempen Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Batu 3, Jalan Maulana Kuala Belait adalah salah satu projek aktiviti tahunan Persatuan SUTERA.dengan diselajurkan membaca Doa Bertahlil bersama, didalam gambar nampak sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belai, yang menyertai gotong-royong tersebut..

Monday 10 October 2011

KEMPEN MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID KAMPONG SG TERABAN 19/8/2011


Diantara Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan SUTERA bersama-sama Ketua Kampong Sungai Teraban sama-sama bergotongroyong membersihkan kawasan Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait yangmana aktiviti tersebut diungkayahkan oleh Persatuan SUTERA dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.


Belia-belia bersama-sama Ketua Kampong Sungai Teraban membersihkan kawasan Masjid tersebut aktiviti membersihkan kawasan Masjid adalah salah satu projek aktiviti tahunan Persatuan SUTERA..

BELIA BERTADARUS DISEPANJANG BULAN RAMADHAN



Belia-belia daripada Persatuan SUTERA bertadarus membaca ayat-ayat Suci Al-Qura'an disepanjang Bulan Ramadhan bertempat di Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait

CERAMAH UGAMA SAMPENA BULAN RAMADHAN 1432H/2011M




Menghadiri Ceramah Ugama sampena Sambutan Bulan Ramadhan 1432H/2011M dianjukan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell dengan kerjasama Pusat Da'awah Islamiah, Bandar Seri Begawan bertempat di Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait pada:19hb Ogos 2011

MENGENDALIKAN MESYUARAT KALI KE II/2011 PADA 29/7/2011



Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa Ketua-Ketua Badan Ugama dan Sukan yang menghadiri.

Mempengerusikan majlis mesyuarat petang tersebut ialah Awg Abu Bakar Bin Lani Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA.



Mengendalikan mesyuarat bulanan kali ke 2/2011 Jawatankuasa Tadbir Persatuan SUTERA bertempat di Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait