I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Tuesday 11 October 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SEDEKAH KEPADA PENDUDUK KG SG TERABAN.


Penyampaian sedekah barang-barang makanan seharian kepada salah seorang penduduk kampong Warga Emas di Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir di  Jabatan Pembangunan Masyarakat [JAPEM] Kuala Belait iaitu YM Awang Ahmad bin Kasmani, yang disaksikan oleh salah seorang Ahli Persatuan SUTERA. YM Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas.
.

Foto kenangan bersama Penghulu Mukim Belait YM.Hj Pungut Bin Ali/YM.Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas/Yang DiPertua Persatuan SUTERA YM>Dr Hj Mohd Shah Bin Imam Hj Ahmad/Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA YM.Awg Abu Bakar Bin Lani/YM.Awg Lim Thiam Ming [Ahli Persatuan SUTERA]

YM. Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas mantan Yang DiPertua Persatuan PESTA 2G. menyampaikan sedekah untuk mengisi tabung Persatuan SUTERA, yang diserahkan kepada Bendahari Agung Persatuan SUTERA, YM.Awg Zai Bin Hj Alias.

Majlis pada pagi tersebut adalah majlis penyampain sedekah kepada sebilangan keluarga penduduk Kampong Sungai Teraban yang kurang berkemampuan dan sedekah kepada Anak-Anak Yatim Kampong Sungai Teraban, sedekah daripada Hamba Allah iaitu Ahli daripada Persatuan SUTERA dan beberapa orang daripada hamba Allah penduduk Kampong Sungai Teraban, tetamu kehormat majlis YM.Awg Ahmad Bin Kasmani, Pegawai Pentadbir di Jabatan Pembangunan Masyarakat [JAPEM] Kuala Belait..

No comments:

Post a Comment