I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Friday 18 November 2011

KUNJUNGAN PESERTA KURSUS DAN MR ASAKI SHOICHI DARI JEPUN.

Penasihat Persatuan SUTERA, YM.Hj Pungut Bin Ali yang turut sama menghadiri kunjungan rombongan tersebut.

Salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan SUTERA yang turut sama dalam projek satu produk satu kampong yang dikendalikan oleh Biro Wanita Kampong Sungai Teraban menerangkan sesuatu hasil produk mereka kepada salah seorang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Mr Asaki Shoichi seorang tenaga pengerusus yang didatangkan khas dari Jepun untuk memberikan krusus bengkel selama 11 hari kepada ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong yang mengendalikan projek Satu Produk Satu Kampong telah mengetuai rombongan tersebut, serba sedikit ingin mengetahui dan memberikan tunjuk ajar perihal yang bersangkut paut mengenai dengan produk-produk kampong yang dibuat oleh setiap kampong masing-masing.

Foto kenangan Setiausaha Agung Persatuan SUTERA bersama-sama beberapa orang daripada Pegawai di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang sama-sama mengikuti rombongan.pada 17/11/2011

PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM,KB

Diantara peserta yang mengambil bahagian didalam pertandingan tersebut yang diadakan di Sungai Belait, Kampong Sungai Teraban.


Setiausaha dan beberapa orang ahli daripada Persatuan SUTERA, telah menghadiri Pesta Memancng anjuran Pusat Penajian Islam, Daerah Belait pada: 13 November 2011 (Ahad) pertandingan telah diadakan bertempat di Pondok Riadah, di belakang Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

MENGENDALIKAN IBADAT KORBAN SALAH SEORANG AJK PERSATUAN SUTERA.


Mengasingkan daging-daging Korban satelah tiba dari pusat penyembelihan Mualaut, Sengkurong, Brunei.


ketulan-ketulan daging untuk sedia di timbang dan dimasokkan kedalam beg-beg plastik yang disediakan.



Mantan Yang DiPertua Persatuan PESTA dan juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA iaitu Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas yang telah membuat Ibadat Korban di pagi Hari Raya Aidil Adha tahun 1432H/2011M.

Ibadat Korban bagi seekor Sapi pada tahun ini yang di buat oleh Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas dan di ungkayahkan oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA pada pagi 9hb November 2011 (Rabu) bertempat di rumah kediaman Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas, Kuala Belait. Daging-daging Binatang Korban tersebut telah diberikan untuk disedekahkan diagih-agihkan kepada fakir-miskin penduduk Kampong Sungai Teraban dan sebahagian daripadanya kepada penduduk-penduduk kampung dipesekitaran di Daerah Belait..

IBADAT KORBAN DAN AQIQAH MASJID KG SG TERABAN 1432H/2011M. 7Nov 2011

Suasana saat-saat menumbangkan salah seekor binatang korban yang akan disembelih bertempat di pekarangan Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait


Melepah daging binatang korban Aqiqah untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk-penduduk kampong yang berdekatan.




Diantara penduduk kampong yang sama-sama bergotong-royong bekerjasama untuk mengendalikan majlis yang beribadah tersebut termasok juga beberapa orang ahli jawatankuasa Persatuan Sutera, ahli jawatan kuasa Majlis Perundingan Kampong, ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban, yang sama-sama mengendalikan ibadat tersebut, pada tahun ini sebanyak 03 ekor Kerbau yang di Korbankan termasok Aqiqah.


Saturday 5 November 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN ALAT-ALAT KELENGKAPAN PERMAINAN DALAM KEPADA SMPW, KB. 26/11/2011


Majlis Penyampaian alat-alat permainan dalam bagi penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir,Kuala Belait sumbangan daripada salah seorang ahli persatuan SUTERA dan mantan Yang DiPertua Persatuan PESTA;PESTA 2G iatu YM..Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas kepada Pengetua Sekolah YM Cikgu Hajah Noriani bertempat di bilik pejabat Pengetua sekolah tersebut yang disaksikan oleh Timbalan Pengerusi serta Setiausaha Agung Persatuan SUTERA. dan guru-guru kanan sekolah.

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERBUKA 16TH KEBAWAH 2011

Mendapat kedudukan tempat KEEMPAT Pertandingan Sepak Takraw terbuka dibawah 15 tahun 
anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait Belia-belia Ahli Persatuan SUTERA yang memenangi Pertandingan Sepak Takraw di bawah 15 tahun terbuka Daerah Belait yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait
 
                                          JOHAN Pertandingan Sepak Takraw 15 tahun ke bawah.

MENGHADIRI PERTANDINGAN MUSABAQAH MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN BELIA ASEAN.BERTEMPAT DI ICC, BANDAR SERI BEGAWAN
  

Belia-belia Persatuan SUTERA menghadiri Pertandingan Musabaqah Al-Quraan terbuka belia-belia Asean yang diadakan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei, [ICC] Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh salah seorang ahli jawatankuasa tadbir YM.Awg Nas Saruddin bin Hj Sharbini.

KEBERANGKATAN KDYMM SULAN DAN YG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE MUKIM SERIA


Foto Jawatankuasa Tadbir Persatuan SUTERA bergambar kenangan bersama Naib Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Belait [NYDP] YM. Haji Azashahibul Bin Hj Zainal Abidin.
 


Foto kenangan bersama Pesuruh Jaya Polis DiRaja Brunei, Yang Di Muliakan Pehin Orang Kaya Pendekar Alam Dato Paduka Hj Hasrin Bin Dato Paduka Haji Sabtu. [tengah]

 Foto kenangan bersama dengan Naib Yang Di Pertua MBDB, [Majlis Belia Daerah Belait] YM.Awg Hj Azashahibul Bin Hj Zainal Abidin.(tengah).

PENYERAHAN PONDOK RIADAH KG SG TERABAN DARIPADA ABDB 22/9/2011


Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA, YM. Awg Abu Bakar Bin Lani [duduk tengah] dan YM.Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas [duduk depan berkacamata] [AJK Persatuan SUTERA] Mantan YDP Persatuan PESTA. menghadiri majlis yang diadakan bertempat kawasan lapang Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.


Bergambar kenangan bersama dengan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia [TNI] dan Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERSATUAN WARGA EMAS DAERAH BELAIT 2011


Suasana diantara warga emas yang menghadiri di sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 1432H/2011M bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan, Kuala Belait.


Jawatankuasa Tadbir Persatuan SUTERA. gambar dari kiri terdiri dari Penasihat Persatuan SUTERA YM.Hj Pungut Bin Ali [Penghulu Mukim Belait] , YM.Awg Ramli Bin Hj Chi [Setiausaga Agung], YM. Awg Zai Bin Alias [Bendahari Agung], YM. Awg Lim Thiam Ming [AJK] dan YM. Hj Md Shah Bin Imam Hj Ahmad [Yang Di-Pertua Persatuan SUTERA] Bergambar kenangan bersama dengan Timbalan Menteri di  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam YM.Datin Hajah Adina Binti Othman. 

Tuesday 11 October 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI 2011


MAJLIS PENYAMPAIAN SEDEKAH KEPADA PENDUDUK KG SG TERABAN.


Penyampaian sedekah barang-barang makanan seharian kepada salah seorang penduduk kampong Warga Emas di Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait yang disampaikan oleh Pegawai Pentadbir di  Jabatan Pembangunan Masyarakat [JAPEM] Kuala Belait iaitu YM Awang Ahmad bin Kasmani, yang disaksikan oleh salah seorang Ahli Persatuan SUTERA. YM Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas.
.

Foto kenangan bersama Penghulu Mukim Belait YM.Hj Pungut Bin Ali/YM.Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas/Yang DiPertua Persatuan SUTERA YM>Dr Hj Mohd Shah Bin Imam Hj Ahmad/Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA YM.Awg Abu Bakar Bin Lani/YM.Awg Lim Thiam Ming [Ahli Persatuan SUTERA]

YM. Pg Hj Mohd Yussop Bin Pg Hj Abas mantan Yang DiPertua Persatuan PESTA 2G. menyampaikan sedekah untuk mengisi tabung Persatuan SUTERA, yang diserahkan kepada Bendahari Agung Persatuan SUTERA, YM.Awg Zai Bin Hj Alias.

Majlis pada pagi tersebut adalah majlis penyampain sedekah kepada sebilangan keluarga penduduk Kampong Sungai Teraban yang kurang berkemampuan dan sedekah kepada Anak-Anak Yatim Kampong Sungai Teraban, sedekah daripada Hamba Allah iaitu Ahli daripada Persatuan SUTERA dan beberapa orang daripada hamba Allah penduduk Kampong Sungai Teraban, tetamu kehormat majlis YM.Awg Ahmad Bin Kasmani, Pegawai Pentadbir di Jabatan Pembangunan Masyarakat [JAPEM] Kuala Belait..

KEMPEN MEMBERSIHKAN KAWASAN KUBUR ORANG ISLAM BATU 3


Bersama-sama Tuan Imam Hj Omarali Bin Hj Mohd Husain berserta beberapa orang belia-belia Persatuan SUTERA berehat salepas membersihkan kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam Batu 3, Jalan Maulana, Kuala Belait. Pada 26hb Ogos 2011.


Kempen Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Batu 3, Jalan Maulana Kuala Belait adalah salah satu projek aktiviti tahunan Persatuan SUTERA.dengan diselajurkan membaca Doa Bertahlil bersama, didalam gambar nampak sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belai, yang menyertai gotong-royong tersebut..

Monday 10 October 2011

KEMPEN MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID KAMPONG SG TERABAN 19/8/2011


Diantara Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan SUTERA bersama-sama Ketua Kampong Sungai Teraban sama-sama bergotongroyong membersihkan kawasan Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait yangmana aktiviti tersebut diungkayahkan oleh Persatuan SUTERA dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.


Belia-belia bersama-sama Ketua Kampong Sungai Teraban membersihkan kawasan Masjid tersebut aktiviti membersihkan kawasan Masjid adalah salah satu projek aktiviti tahunan Persatuan SUTERA..

BELIA BERTADARUS DISEPANJANG BULAN RAMADHAN



Belia-belia daripada Persatuan SUTERA bertadarus membaca ayat-ayat Suci Al-Qura'an disepanjang Bulan Ramadhan bertempat di Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait

CERAMAH UGAMA SAMPENA BULAN RAMADHAN 1432H/2011M




Menghadiri Ceramah Ugama sampena Sambutan Bulan Ramadhan 1432H/2011M dianjukan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell dengan kerjasama Pusat Da'awah Islamiah, Bandar Seri Begawan bertempat di Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait pada:19hb Ogos 2011

MENGENDALIKAN MESYUARAT KALI KE II/2011 PADA 29/7/2011



Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa Ketua-Ketua Badan Ugama dan Sukan yang menghadiri.

Mempengerusikan majlis mesyuarat petang tersebut ialah Awg Abu Bakar Bin Lani Timbalan Pengerusi Persatuan SUTERA.



Mengendalikan mesyuarat bulanan kali ke 2/2011 Jawatankuasa Tadbir Persatuan SUTERA bertempat di Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait

Sunday 3 July 2011

MENYERTAI AKTIVITI HUJUNG MINGGU BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN KB 3/7/2011



Beberapa orang ahli Persatuan Sutera telah menyertai  ‘Aktiviti Hujung Minggu’ belia kitani yang dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan,Kuala Belait aktiviti dengan membuat pelbagai aktiviti yang diadakan bertempat kawasan Taman Jubli Perak, Kuala Belait.

MENGIKUTI AKTIVITI HUJUNG MINGGU JABATAN BELIA DAN SUKAN KB 3/7/2011

Wednesday 29 June 2011

LARIAN OLIMPIK 2011BERTEMPAT TAMAN PESIARAN, JLN SUNGAI, KUALA BELAIT


                                                        Larian dimulakan


 
Bagi memperingati Kelahiran Hari Olimpik Moden pada 23 Jun 1894 di Paris makanya Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan acara Larian Hari Olimpik 2011 pada 26 6 2011 bertempat di Taman Pesiaran,Jalan Sungai Kuala Belait. Larian tersebut dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengian Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Beberapa orang ahli persatuan Sutera telah terlibat sama bagi beramai-ramai menyertai Larian Olimpik tersebut.

MESYUARAT PERTAMA/2011 AJK PERSATUAN SUTERA 23 JUN 2011 [SABTU]



Suasana dimana Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Sutera masing-masing menyemak dan meneliti draft minit mesyuarat persatuan sabelum diluluskan oleh majlis.




Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Persatuan Sutera mengendalikan perjumpaan mesyuarat kali pertamanya satelah persatuan tersebut dibentuk Ahli Jawatankuasa Tadbirnya bagi menerajui Persatuan untuk sesi tahun 2011 hingga 2016 dalam tempoh selama lima tahun, mesyuarat diadakan bertempat di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

MESYUARAT PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERSATUAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM [ NFABD]

Bagi mewakili Persatuan Sutera untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan bertempat di Empire Hotel and Country Club, Jerudong pada bulan Jun yang lalu yangmana persatuan Sutera diwakili oleh Yang DiPertua Persatuan Sutera Dr Hj Md Shah Bin Imam Hj Ahmad telah menghadiri di perjumpaan mesyuarat bagi perlantikan Ahli Jawatankuasa baru Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam [NFABD] di atas jemputan daripada Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait.

Selaku Presiden [NFABD] yang telah dilantik pada hari tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengian Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.


Sunday 5 June 2011

MAJLIS PERASMIAN PERSATUAN SUTERA PADA 29 MEI 2011


Majlis Perasmian Persatuan SUTERA telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Suyoi Bin Haji Osman, Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.


Foto bergambar ramai bersama Pehin Menteri Pembangunan, dalam gambar Penghulu Mukim Belait Hj Pungut Bin Ali, Ketua Kampong Sungai Teraban,Ahli Jawatankuasa Persatuan Sutera dan kumpulan pemilik Scooters Daerah Belait (SOG) Group
.

Diantara tetamu-tetamu jemputan termasuk daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait.


Ahli-ahli Persatuan Sutera diantara yang hadir dimajlis Perasmian Persatuan Sutera dan Mesyuarat Agung Pertama persatuan bagi melantik ahli jawatankuasa Tadbir Tertinggi persatuan Sutera untuk menerajui persatuan dalam tempoh lima tahun mendatang.