I made this widget at MyFlashFetish.com.

.

data pengunjung ke blog ini

Thursday 19 April 2012

DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA Dan MENARA TELEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Pada : 16hb April 2012M (Isnin) / Bersamaan 24 Jamadilawal 1433H
Bertempat di Dewan Persidangan Jabatan Bandaran, Kuala Belait

DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA & Dialog mengenai MENARA TELEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar , Menteri Perhubungan. Majlis tersebut telah di hadiri oleh Setiausaha Agung Persatuan SUTERA dan Pg Hj Md Yussof Bin Pg Hj Abas.

Wednesday 18 April 2012

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


Pada : 09hb April 2012M ( Isnin)
Bersamaan : 17 Jamadilawal 1433H
Tempat: Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Mesyuarat khas post mortem mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

JERAYAWARA PROGRAM SATU KAMPUNG SATU PRODUK


Pada  05hb April 2012M (Khamis)
Bersamaan : 13 Jamadilawal 1433H
Bertempat: Dewan Serbaguna Kampung Pandan, Kuala Belait

Menghadiri bersama YM. Awg Johari Bin Hassan Bendahari Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban [MPK], Ke Jerayawara Program Satu Kampong Satu Produk bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Pandan , Kuala Belait

ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG [AKC] PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 2 / 2012


Pada: 31hb March 2012M (Sabtu)
Bersamaan : 08 Jamadilawal 1433H
Tempat: Pusat Persidangan AntaraBangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Beberapa orang Ahli Persatuan SUTERA telah menghadiri jemputan Anugerah Kampung Cemerlang [AKC] Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2, yangmana Kampong Sungai Teraban Kuala Belait hanya menerima saguhati di majlis tersebut melalui hasil usaha ahli Biro Wanita bagi menghasilkan produk satu kampung satu produk menghasilkan produk Snek-snek Ikan untuk di jadikan hasil sumbar utama Kampong Sungai Teraban.

OUTREACHED PROGRAMME BIRO WANITA KG SG TERABAN


Pada : 15hb March 2012M (Khamis)
Bersamaan : 22 Rabiulakhir 1433H
Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait.

Menghadiri programme 'OUTREACH PROGRAMME' salah satu program yang dikendalikan oleh pihak Sekolah Rendah Sungai Teraban juga melibatkan ahli-ahli Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bagi membuat jerayawaranya mengenalkan dengan lebeh dekat lagi mengenai dengan program Satu Kampung Satu Produk kepada penduduk Kampong Sungai Teraban yangmana ahli Biro Wanita memberikan taklimat dan saterusnya sesi soal jawap di hari tersebut disamping berkesempatan untuk menjual hasil-hasil produk mereka.Persatuan SUTERA diwakili oleh Setiausaha Agung untuk menghadirinya.

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


Pada : 09hb April 2012M ( Isnin)
bersamaan : 17 Jamadilawal 1433H
Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Setiausaha Agung menghadiri mesyuarat khas post mortem bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

Friday 9 March 2012

MAJLIS


MESYUARAT BERSAMA AJK MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG SUNGAI TERABAN

Mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Biro Wanita 
Kampong Sungai Teraban.
Biro Wanita Kampong Sungai Teraban dan juga salah seorang ahli wanita Persatuan SUTERA

Mesyuarat bagi membincangkan aktiviti Sukanria Perpaduan yang akan diadakan pada 18hb March 2012 sampena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 28tahun.

KEMPEN MENDERMA DARAH SAMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 28

Diantara peserta penderma darah daripada pekerja SKSWood yangmana mereka adalah salah satu kumpulan yang telah mendapat anugerah bagi kategori penderma yang terbanyak pada hari tersebut.
peserta penderma darah yang sedang menunggu giliran masing-masing.

Lebeh kurang seramai dua ratus lebeh penderma yang telah menyertai kempen pagi tersebut Kempen Derma Darah secara beramai-ramai adalah salah satu projek tahunan Jabatan Belia dan Sukan pada tahun ini projek diungkayahkan bersama dengan Persatuan SUTERA dan Suri Seri Begawan Hospital (SSBH) Kuala Belait bagi kali yang ke 24tahun sampena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yang ke 28tahun.

 Bersama Jawatankuasa Persatuan SUTERA dan Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait YM. Hj Zulkifli Bin Hj Tengah.

29hb Februari 2012 FOTO Bersma AJK MPK (AKC) ANUGERAH KAMPONG CEMERLANG 2012

Menghdiri sesi bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bagi Anugerah Kampong Cemerlang (AKC) tahun 2012 bertempat di Dewan Santap Di Raja, Kuala Belait

MENGUNGKAYAHKAN MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA MANGSA KEBAKARAN KG SG TERABAN

Penyampaian derma mangsa rumah kebakaran kepada YM Tuan Hj Julaihi Bin Muhamad dari Kampong Sungai Teraban oleh salah seorang ahli Persatuan SUTERA YM Awg Lim Thiam Ming dan disaksikan juga oleh Yang DiPertua YM Tuan Dr Hj Md Shah Bin Imam Hj Ahmad dan YM.Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas,
Mangsa rumah kebakaran Kampong Sungai Teraban YM.Awang Ishak Bin Ahmad salah seorang juga penduduk Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait. Majlis diadakan bertempat di Restoran SERIKANDI, Kuala Belait pada : 25hb Februari 2012. Majlis juga dihariri oleh Ketua Kampong Sungai Teraban, Penghulu Mukim Belait, Penghulu Pekan Seria dan beberapa orang pegawai kerajaan Daerah Belait.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 28


Perbarisan lalu oleh pasukan-pasukan yang menyertai perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 28tahun / 2012 bertempat di Padang Sultan Hj Omarali Saifuddien Bandar Seri Begawan 23hb Februari 2012.

Monday 20 February 2012

MAJLIS PELANCARAN OUTREACH PROGRAMME SEKOLAH RENDAH SUNGAI TERABAN 19hb FEBRUARI 2012

Diantara guru-guru dan tetamu khas yang menghadiri taklimat daripada Jabatan Perikanan Brunei


Setiausaha Agung dan ahli jawatankuasa Persatuan SUTERA menghadiri Majlis Pelancaran Outreach Programme yang diadakan bertempat di Dewan Bilik Khutub Khanah  Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait, pada 19hb Februari 2012,  Tetamu Kehormat Majlis YM. Pengiran Yusof Bin Pengiran Haji Ismail [Penyelia Daerah] diantara yang hadir ialah Ahli Jawatankuasa PIBG dan penduduk Kampong Sungai Teraban, di antara aktiviti program pagi tersebut ialah Ceramah dan sessi soal jawab daripada Jabatan Perikanan, pameran,cabutan tiket bertuah,Penjualan buku-buku permainan bouncer.

UPACARA MENAIKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Belia-belia yang membawa bendera kebangsaan turut menyertai perbarisan menaikkan bendera. 

Pegawai Daerah Belait menyampaikan bendera kebangsaan untuk dikibarkan



Setiausaha Agung dan Pg Hj Md Yussop Bin Pg Hj Abas, Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA menghadiri upacara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 28/2012, bagi Daerah Belait, bertempat di kawasan lapang Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait.pada : 12hb Februari 2012

Sunday 19 February 2012

MESYUARAT BERSAMA AJK MPK KG SG TERABAN AKTIVITI 'SUKANRIA PERPADUAN 2012'

 Suasana mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong
 
Setiausaha Agung dan beberapa orang ahli wanita Persatuan SUTERA menghadiri mesyuarat mengenai dengan aktiviti SUKANRIA PERPADUAN 2012 bagi memeriahkan lagi sambutan bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 28 tahun bagi Daerah Belait. bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait bertempat Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, mesyuarat malam tersebut di Pengerusi kan oleh YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara Ketua Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

BERDIALOG BERSAMA



Belia-belia Persatuan SUTERA seramai 3 orang menghadiri majlis Dialog pada : 9hb Februari 2012 yang diketuai oleh Awg Nas Saruddin Bin Hj Sharbini, bertempat di:

PERMUZAKARAHAN BERSAMA PEMIMPIN BELIA DAERAH BELAIT 08hb FEBRUARI 2012


Jawatankuasa Persatuan SUTERA yang hadir di muzakarah tersebut



Timbalan Pengerusi/Setiausaha Agung dan Pg Hj Md Yussop bin Pg Hj Abas AJK Persatuan SUTERA telah menghadiri majlis permuzakarahan diantara Jabatan Belia dan Sukan bersama pemimpin-pemimpin Belia Daerah Belait yang diadakan bertempat di Dewan Mini, Pusat Belia, Kuala Belait. yang di pengerusikan oleh ketua cawangan Belia dan Sukan, Awg Hj Zulkifli bin Hj Tengah, turut serta ialah Ahli Jawatankuasa MBDB Daerah Belait.

CERAMAH UGAMA DARI INDONESIA SHEIKH ALI JABER SAMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1433H


 
Setiausaha Agung Persatuan SUTERA menghadiri Majlis Ceramah Ugama sampena Sambutan Maulidul Rasul Muhamad SAW yang dikelolakan oleh Pusat Da’awah Islamiah, Brunei bagi Daerah Belait, penceramah Sheikh Ali Jaber penceramah dari Indonesia,  ceramah diadakan bertempat di Masjid Kampong Pandan, Kuala Belait pada : 07 Februari 2012.

MENYERTAI PERARARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL MUHAMAD SAW 5hb FEBRUARI 2012


b
Perarakan Maulud Nabi Muhamad SAW dijalankan mengelilingi Pekan Belait.

Ahli Jawatankuasa Tadbir serta ahli-ahli Persatuan SUTERA bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid/Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta penduduk-penduduk Kampong Sungai Teraban, yang di ketuai oleh Tuan Imam Hj Omarali Bin Hj Mohd Husain sama-sama  menyertai Perarakan Maulud Nabi Muhamad SAW. bertempat di Padang Bandaran, Kuala Belait.

MENGHADIRI MESYUARAT BERSAMA AJK MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG SUNGAI TERABAN,KUALA BELAIT


 
 Diantara belia-belia dan penduduk kampong yang hadir dimesyuarat petang tersebut
 Sebahagian daripada Biro Wanita MPK Sungai Teraban

Setiausaha Agung menghadiri mesyuarat bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban mengenai dengan persediaan menghadapi Anugerah Kampong Cemerlang [AKC], yang akan diadakan bertempat di Dewan Pusat Insani, Pekan Seria pada 29hb Februari 2012 mesyuarat diadakan bertempat di Balai Raya Kampong Sungai Teraban. Pada 03hb Februari 2012.

MENYERTAI DIKIR MAULUDIL RASUL MUHAMAD SAW DI MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN


Suasana Majlis Dikir Mauludil Rasul di Masjid Kampong Sungai Teraban
Imam Masjid Kampong Sungai Teraban, YM Hj Omarali Bin Hj Md Husain

Ahli Jawatankuasa Tadbir dan ahli-ahli Persatuan SUTERA, bersama jemaah Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid/Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta penduduk Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait  hadir bersama-sama bagi menyertai  Majlis Dikir Mauludill Rasul Muhamad SAW bersama rombongan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom Bin Pengiran Haji Bahar, bertempat di Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.pada 27hb Januari 2012 bersamaan dengan 03hb RabiulAwal 1433H.

MENGHADIRI PROGRAM'SIMPOSIUM BELIA KEBANGSAAN BELIA BERJIWA BESAR'


Awg Nas Saruddin Bin Hj Sharbini bersama 11 orang ahli persatuan SUTERA menghadiri Perhimpunan Belia ‘SIMPOSIUM BELIA KEBANGSAAN BELIA BERJIWA BESAR’ Sampena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 28/2012. Bertempat di Pusat Persidangan Antara Bangsa, Negara Brunei Darussalam.Pada 24hb Januari 2012.